Welcome Here//Selamat Datang


Selamat datang ke blog Persatuan Bahasa Arab Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah. Blog ini akan disediakan dalam 3 bahasa, iaitu Bahasa Arab, Bahasa Melayu juga Bahasa Inggeris. Semoga segala ilmu yang diperoleh mendapat manfaat.

مرحبا بكم في بلوق مدرسة جمعية العربية الثانوية بوكيت انداه. وهذا بلوق تكون متاحة بثلاث لغات، وهي العربية والإنجليزية الملايو. قد كل المعارف المكتسبة من أجل المنفعة.

Welcome to the Arabic Association blog of Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah. This blog will be available in three languages, which is Arabic, Malay and English. May all the knowledge gained to benefit.

SPM countdown






PPDa : DARIH Seminda}
Tuesday, March 25, 2014 | 12:35 PM | 0Comment


APA ITU PPDa?
PPDa ialah Pendidikan Pencegahan Dadah.

PENDAHULUAN:
Pendidikan bukan sahaja penting dalam pembentukan generasi berilmu, malah ia turut menjadi penggerak cita-cita masyarakat untuk membentuk nilai dan maruah bangsa dan negara tanpa ada penghalang terhadap perkembangan pemetaan minda yang menjadi sia-sia atau khayalan dengan dadah. Justeru, perancangan dalam bentuk penerangan amat penting agar generasi muda benar-benar faham akan bahaya Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan dan HIV/AIDS sebagai satu musuh yang amat berbahaya.

MATLAMAT:
Menyediakan maklumat dan menyalurkan maklumat tentang DARIH (Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan, HIV/AIDS) dan bahaya-bahayanya agar mesej Anti DARIH ini disebarkan kepada generasi muda dan juga kepada setiap individu supaya mereka dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan wabak DARIH.

OBJEKTIF: 
❤ Menyediakan maklumat secukupnya mengenai bahaya DARIH.
Mudah mengatur dalam menyalurkan maklumat kepada pelajar.
Menarik minat murid untuk mengetahui bahaya DARIH.
Menjalinkan hubungan erat antara guru serta agensi luar.
Menyediakan sudut lorong dan galeri PPDa yang penuh lengkap dan berinovasi.